KENALI APA ITU RESDUNG/SINUS
Tahukah anda tentang sinusitis?
Ataupun pendeknya dikenali sebagai sinus. Macam pernah dengarkan sinus
ni tapi di mana ya:) Untuk kita, sinusitis lebih dikenali sebagai resdung
dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.
Apa itu Resdung
Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.
Tanda-Tanda Menghidap Resdung
- Hidung selalu tersumbat
- Lendir dari hidung dan tekak
- Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
- Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
- Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya
- Jerawatdi wajah dan belakang badan
Punca Resdung
- Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu
- Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya
- Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang " senget " tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi
- Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi
- Menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar
- Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.Tetapi, resdung ni tak berjangkit kepada orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.
Komplikasi Sekiranya Resdung Tidak
Diatasi/Dikawal
- Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
- Jangkitan otak (meningitis)
- Sakit tekak yang kronik
- Jangkitan tulang muka
- Memburukkan keadaan lelah
- Berdengkur yang kronik
- Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
- Alahan hidung atau hidung sensitif
- Selesema biasa yang melarat.
Petua Mencegah Resdung
- Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.
- Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.
- Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.
- Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung.
- Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.
- Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka anda.
- Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.
Rawatan untuk Resdung
Rawatan adalah berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.
Rawatan adalah berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.
- Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)
- Ubat selesema
- Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung
- Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan
Tahukah anda, resdung boleh juga dirawat dengan pengambilan supplemen atau vitamin.
Vitamin dan mineral ini boleh membantu meningkatkan imuniti tubuh dan mengurangkan simptom resdung.
Supplemen untuk Rawatan Resdung
- Vitamin C – Ianya sebagai antioksidan yang baik. Sangat penting untuk meningkatkan antibodi seseorang.
- B-Complex – Bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon.
- Alfalfa – Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.
Tambahan:
- VitaLea
- Vitamin E
- Zinc
- ESP/Mealshake
* Vitamin
ini juga sesuai untuk individu yang mempunyai salah satu daripada penyakit 5
serangkai – athma (Athma), resdung (Sinus), alergi (Allergy), gegata (Hives)
dan sakit kulit (Eczema).
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.
Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.
Saya pengedar SHAKLEE anda
Halimatul Saadiah Toha (Emah Toha)
ID No. 875197
SMS : 019-5718968
Email : saadiahtoha@gmail.com
Fanpage : Liysa health shop
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Comments
Post a Comment